Total Pageviews

Wednesday, 27 April 2011

Strategi perang tentera Muslim

"Allah did not promise that life would be easy, but He did promise to go with you. Every step of your life, with Him by your side."


Yosh!

Dah lama rasanya tak bercerita perihal sahabat baginda Rasulullah S.A.W ini. Almaklumlah, apabila dah berjinak-jinak dengan internet ini, macam-macam ilmu baru ana dapat. Jom, kali ini ana nak kongsi sikit bagaimana strategi Perang Pejuang Allah suatu masa dahulu yang menyebabkan Islam itu berkembang di persada tanah air.


Selain daripada faktor kekuatan aqidah dan rohaniah yang merupakan tunjang asas dan utama dalam peperangan menegakkan Islam, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan juga para pahlawan Islam yang lain tidak melupakan satu lagi cabang penting dalam hidup mereka iaitu ilmu dan strategi peperangan. 

Kaedah peperangan ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan pahlawan Islam sebelum kemunculan Turki Uthmaniyyah adalah berasaskan pertempuran secara 'mendada' atau 'hand-to-hand combat'
Smart pertarungan seumpama ini. Baru menampakkan keberanian dan betapa mereka mencintai syahid di jalanNya.

Kalau nak bandingkan dengan peperangan pada masa kini yang lebih kepada penterjemahan ilmu melalui peralatan moden yang canggih dan 'pertempuran jarak jauh',<<tak best dan tidak menampakkan kematangan serta kekuatan fizikal tulang empat kerat..~

Zaman dahulu best, lebih menggunakan ilmu refleksi dan akal ketika di medan tempur.

Jom ana senaraikan beberapa kaedah strategi peperangan yang menjadi kegemaran para sahabat (tidak semua) dan juga para pahlawan Islam yang lain.




Khalid al-Walid 

Salah seorang sahabat Nabi yang digelar 'Saifullah al-Maslul'. Beliau mahir dalam pertempuran yang melibatkan tentera berkuda (kavalri). Pasukannya juga dilatih untuk menjadi tentera berkuda berkelengkapan ringkas (light cavalry). Kelengkapan ringkas ini dapat dilihat apabila mereka hanya menggunakan peralatan asas peperangan iaitu, kuda, perisai manusia, dan pedang. 

Dengan tentera berkuda jenis inilah, Khalid berjaya menewaskan tentera Rome Byzantine dalam Peperangan Yarmuk. Kaedah 'serang-lari-serang' menyebabkan tentera Rome Byzantine yang mempunyai tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy cavalry - perisai kuda, perisai manusia, baju besi, pedang) menghadapi masalah untuk bertempur dengan tentera Islam pimpinan Khalid yang terkenal dengan kepantasannya (agility).




Sa'ad ibn Abi Waqqas 

Dilantik menjadi panglima perang ketika Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi Sassanid. Berbanding dengan kegemaran Khalid yang memang suka menggunakan kuda dan kepantasan sebagai asas dalam strateginya, Sa'ad yang merupakan pemanah terbaik dalam kalangan para sahabat Nabi pula lebih gemar menggunakan tentera pejalan kaki (infantry) di samping tentera berkuda sebagai tentera sokongan.

Sesuai dengan kegemarannya, Sa'ad telah menerapkan kemahiran memanah di dalam tenteranya untuk menewaskan tentera Parsi yang ketika itu menggunakan tentera bergajah. Serangan panah yang banyak dari jarak jauh mampu membuatkan struktur serangan tentera bergajah Parsi kucar-kacir dan menyebabkan pasukan ini tewas dan maut. Dengan langkah yang bijak, ini dapat menjimatkan jumlah tentera pejalan kaki daripada bertempur secara berdepan dengan tentera Parsi.




Salahuddin Yusuf ibn Najmuddin Ayub (Salahuddin al-Ayubi) 

Panglima perang berketurunan Kurdis ini gemar untuk menguasai oasis ataupun takungan air di suatu tempat sebelum peperangan. Ketika ini, Salahuddin menghantar ramai perisik untuk mengenalpasti tempat oasis dan juga bentuk muka bumi sesuatu tempat sebelum peperangan. Untuk itu, Salahuddin menjadikan kekuatan bahagian risikan adalah merupakan tunjuang utama dalam strategi peperangan dengan pihak musuh. 

Dengan penyelarasan yang tepat, Salahuddin telah melumpuhkan sumber bekalan asas pihak musuh (logistic) bagi melemahkan moral dan kekuatan pihak musuh seterusnya dapat menewaskan tentera Salib dalam Peperangan Hittin. 




Saifuddin Muzaffar al-Qutuz 

Sebelum ini, tentera Islam terkenal dengan kepantasannya telah ditewaskan dengan kepantasan serangan tentera berkuda Mongol pimpinan Hulagu dengan dibantu oleh Kitbuqa dalam Peperangan Bukhara, Peperangan Samarkhand, dan juga Kejatuhan Baghdad

Untuk itu, Saifuddin al-Qutuz mengubah strategi dengan menyerang balas tentera Mongol di Ain Jalut. Dalam Peperangan Ain Jalut, Saifuddin menggunakan tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy infantry) untuk menyerap serangan pantas tentera Mongol. Kaedah pertempuran tentera Islam ketika ini adalah dengan 'serangan sambil bertahan' . Serangan mengejut juga digunakan untuk menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa ketika itu dengan memerangkap dan mengepung tentera Mongol di lembah Ain Jalut.

Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strength and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life..~

Always believe the best you can be and have faith in the thing you can do..

Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak? Jika dahulu Salahuddin al Ayyubi boleh menakhluk Jerussalem dengan kepimpipinan kenapa kita tidak? Even langkah masih jauh, tetapi selagi belum berhenti..InsyaAllah..~

Panji Islam datang dengan berkuda

Panji Islam Datang dengan Berkuda



Hadis-hadis shahih tentang imam mahdi dan dajal banyak menggunakan tentera berKUDA... ini adalah salah satu tanda yang kita mungkin akan kembali berperang tampa menggunakan teknologi canggih. Maka sebab itu rasulullah banyak menekankan supaya pelajari ilmu pertahanan seperti silat, berkuda, dan memanah...

Melalui hadis ini kita dapat tahu bahawa dajjal akan wujud sehingga di saat-saat akhir kiamat. Ini bermaksud, walaupun Al Mahdi sudah berjaya menegakkan Islam, akan masih ada orang-orang kafir, Iluminati, Freemason yang menjadi hamba pada Dajjal...
Benarlah syaitan ini tidak akan sentiasa berputus asa untuk menyesatkan umat nabi muhamad sehingga kiamat. Jadi kita hendaklah sentiasa berwaspada.

Kita dapat tahu juga, Dajjal akan sentiasa menggunakan tipu daya yang berasaskan material dan harta supaya orang-orang Islam akan tergugut iman mereka kepada Allah taala. Maka oleh sebab itu harta merupakan alat mainan syaitan agar kita terpesong dari iman kita pada Allah taala.

Telah menceritakan kepada kami Isma'il telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Humaid bin Hilal dari Abu Qatadah dari Usair bin Jabir ia berkata; Suatu kali angin merah bertiup kencang di Kufah. Lantas seseorang yang tidak mempunyai kesopanan tiba-tiba datang selain berujar \"Wahai Abdullah bin Mas'ud, kiamat telah tiba! Kata Usair, ketika Abdullah bin mas'ud sedang bersandar. Ia pun langsung duduk dan menyampaikan \"Kiamat tidak akan terjadi hingga warisan dibagi-bagi dan ghanimah bukanlah sesuatu yang menjadikan senang. Kata Ibn mas'ud, ingat, ketika itu kalian lihat musuh mengumpulkan harta untuk pemeluk Islam, sebaliknya pemeluk Islam juga mengumpulkan harta untuk mereka. Sambil beliau menunjuk arah Syam dengan tangannya. Aku bertanya \"Romawi kah yang kau maksudkan?\"Iya\" jawabnya. Dan terjadi pada peperangan kalian gerakan menarik diri besar-besaran, lantas kaum muslimin membentuk pasukan siap mati, yang mereka tak akan tak kembali selain sebagai pemenang. Mereka berperang mati-matian hingga malam menghentikan mereka. Akhirnya yang bukan pemenang lah yang menjarah harta rampasan, dan pasukan berani muslimin itu musnah. Kemudian kaum muslimin membentuk lagi pasukan depan yang berani mati, yang mereka tak akan pulang selain sebagai pemenang. Mereka berjuang mati-matian hingga bersore hari dan yang bukan pemenanglah yang menjarah rampasan, sedang pasukan berani muslimin musnah. Kemudian kaum muslimin kembali membentuk pasukan depan berani mati yang tak kan kembali selain sebagai pemenang, namun yang bukan pemenanglah yang menjarah harta dan pasukan berani mati muslimin malah musnah. Ketika hari keempat tiba, sisa-sisa pasukan Islam bangkit dan Allah menjadikan mereka kocar-kacir. Lantas mereka melakukan pembunuhan sedemikian gigihnya yang belum pernah terlihat semisalnya -atau ia katakan dengan redaksi 'Yang kami belum pernah lihat semisalnya-hingga burung melewati tubuh-tubuh mereka, dan tidaklah burung itu melewati mereka, selain orang itu langsung tersungkur mati. Kata Usair, ketika itu Banul Abi yang jumlah mereka sebelumnya seratus orang tinggal satu. Lantas karena ghanimah apa ia gembira? Atau warisan mana yang akan dibagi-bagi? Ketika terjadi demikian, mereka mendengar manusia lebih bayak daripada mereka. Tiba-tiba ada juru seru memanggil-manggil \"Hai, dajal telah berada di anak cucu keturunan mereka. Maka mereka langsung membuang apa yang ditangan mereka dan mereka kirimkan sepuluh pasukan penunggang kuda untuk mengintai. Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: \"Sungguh saya tahu nama-nama mereka, dan nama ayah mereka, warna kuda mereka, mereka adalah penungang kuda terbaik di muka bumi ketika itu.\" - Musnad Ahmad

Maka kita patut berdoa pada Allah semoga kita dapat dijauhkan dari fitnah dajjal....

أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ قَالَ حَدَّثَنَا بِشْرٌ عَنْ حُمَيْدٍ قَالَ قَالَ أَنَسٌ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْهَرَمِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَفِتْنَةِ الدَّجَّالِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Telah mengabarkan kepada kami Humaid bin Mas'adah ia berkata; telah menceritakan kepada kami Bisyr dari Humaid ia berkata; Anas berkata, \"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam biasa berdoa dengan do'a: \"ALLAHUMMA INNI A'UUDU BIKA MINAL KASALI WAL HARAMI WAL BUKHLI WA FITNATID DAJALI WA 'ADZAABIL QABRI (Ya Allah, aku berlindung kepadak-Mu dari kemalasan, dari kepikunan, sifat pengecut, kebakhilan, fitnah dajjal dan siksa kubur).\" - sunan nasai